Dinantikan Satu Dunia, Ini 8 Foto Awesome Fenomena Super Blue Blood Moon Di Serata Dunia. Cantik Teruk!

Semalam trending di sosial media dengan gerhana penuh ‘Supermoon’ atau lebih popular dengan panggilan ‘Super Blue Blood Moon’. Seluruh dunia pastinya menantikan saat indah melihat fenomena hebat itu. Tetapi kerana awan mendung dengan sesetengahnya dilanda hujan ribut dan petir, rakyat Malaysia terlepas peluang untuk melihat sendiri pencerapan ‘Super Blue Blood Moon’.

Ini antara beberapa foto menarik yang berjaya dirakam oleh pengguna sosial media sempena fenomena itu. Cantiknya!

Pakistan

Delhi, India

California, USA

Pacific Park, USA

Antelope Island, USA

Statue of Liberty, USA

Sumber: Twitter, NASA

 

Hujan Halang Penampakan Gerhana Bulan di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Hujan yang turun menghalang penampakan gerhana bulan penuh “Super Blue Blood Moon” iaitu fenomena yang hanya akan berlaku selepas 152 tahun.

Oleh kerana hujan yang membasahi bumi sejak petang, beratus-ratus orang yang berkumpul di Planeteraium Negara di sini tidak berkesempatan untuk melihat gerhana bulan tersebut kerana kelompok awan menutupi bulan.

Bagaimanapun, Planetarium Negara tidak menghampakan pelawat itu apabila menyiarkan sesi secara langsung fenomena itu dari Balai Pencerapan Griffith, Nasa selama kira-kira 30 minit selain menyiarkan penampakan gerhana itu dari Balai Cerap Kebangsaan Langkawi untuk mereka melihat fenomena tersebut.

Antara mereka yang mengunjungi Planetarium Negara untuk melihat gerhana bulan malam ini ialah Balqis Mohamad, 28 tahun.

“Saya agak kecewa kerana tida dapat melihat fenomena itu disebabkan hujan tetapi peluang itu ialah sesuatu yang tidak harus dilepaskan kerana ia merupakan fenomena yang jarang-jarang berlaku,” kata Balqis yang datang seorang diri ke Planetarium Negara.

Kali terakhir fenomena Super Blue Blood Moon berlaku ialah pada 31 Mac, 1866 iaitu merupakan gabungan “Supermoon”, “Bluemoon” dan “Bloodmoon”.

Supermoon terjadi apabila kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi, menyebabkan ia 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah.

Gerhana bulan penuh yang dikenali blood moon befrlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan bulan merentasi bayangan umbra bumi.
Atmosfera kemudian menyaring sebahagian besar cahaya warna biru dengan itu menyebabkan warna kemerahan pada bulan.

Di Malaysia, fasa gerhana bulan bermula pada 7.48 malam sehingga 11.11 malam apabila gerhana bulan penuh bermula pada 8.51 malam sebelum mencapai fasa maksimum pada 9.29 malam dan berakhir pada 10.07 malam.

Di PUTRAJAYA, ratusan penduduk serta jemaah berkumpul di pekarangan Masjid Putra bagi menyaksikan kejadian cakerawala itu melalui cerapan menggunakan enam teleskop berkomputer yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Bagaimanapun, cuaca hujan sejak lewat petang menyebabkan fenomena bulan dikenali Super Blue Blood Moon iaitu berlakunya ‘supermoon, super blue blood moon atau bulan biru dan gerhana bulan’ tidak kelihatan sehingga melepasi waktu kemuncak 9.29 malam.

Penolong Pengarah Unit Falak Jakim, Shahril Azwan Hussin berkata sepatutnya fasa gerhana bermula pada 6.51 petang iaitu bulan memasuki bayang umbra diikuti pada jam 7.48 malam gerhana separa bermula.

“Namun, awan tebal yang meliputi keadaan bulan menyukarkan penduduk di sini melihat fenomena terbabit,” katanya dan menambah gerhana dijangka berakhir pada pukul 12.08 tengah malam.

Terdahulu, Masjid Putra mengadakan solat sunat gerhana atau khusuf selepas solat Isyak yang sebelumnya didahului dengan ceramah yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Majlis diakhiri dengan bacaan Khutbah Khas berkenaan gerhana bulan yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Putra Datuk Abd Manaf Mat.

Di KELANTAN, 40 anggota Persatuan Astronomi Falak Amatur Kelantan serta 40 pelajar sekolah menunaikan solat gerhana di Balai Cerap Kota Bharu di Kampung Kubang Rawa, Salor, di sini.

Setiausaha persatuan itu, Abdullah Hassan berkata tiga teleskop khusus disediakan bagi mengambil gambar dan memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri fenomena gerhana.

“Fenomena ini terjadi apabila bulan dikatakan paling dekat dengan bumi. Bulan dilihat seakan berwarna merah dan ‘berdarah’ disebabkan oleh atmosfera bumi,” katanya kepada Bernama.

Di TERENGGANU, kira-kira 1,000 orang berkunjung ke Dapo Pata, Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus dan membanjiri kawasan pantai sejak 7 malam bagi melihat fenomena gerhana itu.

Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) menerusi Insititut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), yang menganjurkan program Jom Teropong Bulan, membuka peluang kepada pelajar dan masyarakat setempat menyaksikan cerapan fenomena gerhana bulan penuh.

Progam mesra komuniti UniSZA itu bertujuan memberi pendedahan tentang fenomena sains kepada masyarakat sekaligus menarik minat mereka dalam ilmu sains serta mempraktikal instrumentasi astronomi yang terdapat di ESERI UniSZA.

Sebanyak enam alatan teleskop dan binokular disediakan kepada pengunjung yang datang untuk melihat dengan lebih jelas gerhana bulan penuh, selain taklimat ringkas mengenai gerhana bulan penuh oleh penyelidik UniSZA serta solat sunat gerhana.

Pensyarah ESERI, Dr Roslan Omar berkata fenomena itu bagaimana pun hanya dapat disaksikan pengunjung di pantai berkenaan dua kali sepanjang tempoh gerhana.

“Pengunjung dapat menyaksikan gerhana itu selama dua minit iaitu pada pukul 8.51 hingga 8.53 malam tadi dan kembali muncul pada saat-saat gerhana itu berakhir pada kira-kira 10 malam,” katanya. – BERNAMA