Isteri diejek kerana GEMUK ketika mengikuti suami menghadiri majlis perjumpaan rakan lama. Apabila si isteri membuat satu panggilan telefon, semua hadirin menjadi senyap.

Kisah ini diceritakan oleh seorang suami yang mempunyai seorang isteri yang tidak cantik. Apabila beliau membawa isteri menghadiri perjumpaan rakan sekelas lama, isterinya ini telah dipersendakan oleh rakan sekelas lama sehingga dirinya sendiri berkecil hati. Kemudian isteri ini membuat satu panggilan telefon yang membuat rakan sekelas lamanya itu terdiam.

Sebelum berkahwin dan di zaman mudanya, isteri saya seorang yang cantik paras rupa dengan bentuk badan yang langsing. Tetapi selepas isteri saya melahirkan anak kami, beliau telah jatuh sakit dan terpaksa mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan untuk menyembuhkan penyakitnya.

Akibat kesan sampingan mengambil ubat-ubatan, berat badan isteri saya mula meningkat. Mata bulatnya yang cantik mula mengecil kerana mukanya telah menjadi gebu dan tembam. Isteri saya seorang yang gemuk dan rupa parasnya kini tidak cantik seperti zaman mudanya.

Namun, isteri saya seorang yang sangat penyabar dan baik hati. Beliau sentiasa ceria, seorang yang penyayang serta peramah. Isteri saya boleh berbual dengan saya dalam pelbagai topik yang baru setiap hari.

Itu adalah daya tarikannya yang membuatkan saya berasa kagum dan sangat sayang kepadanya. Apabila saya berasa tidak pernah membosankan apabila berada bersamanya, perasaan cinta kami di antara satu sama lain bertambah kuat bagaikan merasai cinta pertama setiap hari.

Saya mempunyai pekerjaan dalam sektor pentadbiran yang agak baik disebabkan oleh jasa baik ayah mertua saya. Saya berasa amat bersyukur mempunyai ayah mertua yang baik sepertinya.

Dalam satu perjumpaan rakan sekelas lama yang diadakan, kami dikehendaki datang bersama keluarga masing-masing. Oleh kerana sudah lama tidak berjumpa, kami berbual tentang keluarga dan alam pekerjaan masing-masing.

Kemudian secara beransur-ansur topik kami berubah. Kami memperkatakan tentang pasangan masing-masing. Rakan lelaki bercakap dengan bangga mengenai isteri mereka yang cantik dan rakan wanita pula memperkatakan tentang suami mereka yang kacak dan kaya. Sekelip mata suasana perjumpaan itu telah berubah.

Saya membawa isteri saya bersama dalam perjumpaan itu. Apabila mereka melihat isteri saya, hadirin yang berada di dalam perjumpaan itu tiba-tiba menjadi senyap dan mula berbisik-bisik dengan memperkatakan sesuatu secara senyap.

Semasa jamuan dimulakan, kami memberikan ucapan selamat kepada satu sama lain. Salah seorang rakan sekelas wanita telah melihat saya yang sedang duduk bersama isteri dan telah datang kepada saya dan memberikan ucap selamat kepada kami.

Saya mengingati rakan sekelas wanita ini. Semasa di universiti, dia cuba mengurat saya kerana pada waktu itu wajah saya agak tampan juga. Kini dia sudah berkahwin.

Rakan lama saya ini telah datang dan memberi ucapan selamat kepada saya dan isteri, dengan berkata, “Hai kawan lama! Sudah lama tidak berjumpa. Baik untuk kamu, kamu telah berkahwin dengan “isteri yang cantik”!”

Suaranya yang kuat ketika bercakap dengan memfokuskan perkataan ‘isteri yang cantik’ itu didengari oleh semua yang berada di dalam perjumpaan itu.

Gema suaranya yang kuat itu telah menarik perhatian ramai dan mereka mula bercakap sambil membuat ketawa kecil apabila melihat wajah isteri saya yang tembam dan tidak normal. Saya sendiri berkecil hati dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

Tiba-tiba, isteri saya telah mengambil telefon pintarnya dan membuat satu panggilan telefon. Tidak lama kemudian, bekas rakan sekelas saya ini menerima satu panggilan dan menjawabnya. Kemudian saya melihat wajah bekas rakan sekelas saya ini tiba-tiba telah berubah apabila mendengar suara dari panggilan telefonnya itu. Hadirin yang melihat juga menjadi senyap apabila melihat wajahnya tiba-tiba berubah.

Selepas insiden panggilan telefon itu, isteri saya telah meminta diri dengan hormat dengan mengucap selamat tinggal dan kami meninggalkan jamuan perjumpaan semula rakan lama yang masih berjalan itu.

Apabila kami sampai di rumah, isteri saya telah berkata kepada saya yang beliau telah membuat panggilan telefon kepada ayahnya. Isteri saya telah melihat bekas rakan sekelas saya datang ke perjumpaan itu dengan memakai pakaian kerja dari syarikat ayahnya.

Kemudian, saya tidak teringat yang ayah mertua saya adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan pemilik sebuah syarikat. Dan bekas rakan sekelas saya ini bekerja di syarikat ayah mertua saya. Tidak hairan mengapa panggilan itu telah mengubah suasana dan memberi satu perubahan yang besar.

Saya ingin memberitahu anda semua di sini. Isteri saya seorang yang cantik pada zaman mudanya dan kami sentiasa berasa gembira apabila menghabiskan masa dan hidup bersama.

Sejak peristiwa itu, isteri saya telah menasihatkan saya supaya mengurangkan masa menerima jemputan menghadiri majlis perjumpaan semula seperti itu kerana ia lebih terlihat seperti membuang masa dan tidak memberi sebarang faedah.

Sumber: erabaru