Jangan Tanam Pokok Pandan Terlalu Merimbun Di Belakang Rumah Ada ‘BENDA’ Akan Duduk Situ

LABU, NEGERI SEMBILAN – Seorang guru wanita mengalami trauma apabila jari telunjuk tangan kanannya digigit ular dipercayai ketika mengambil daun pandan di kebun kecil di belakang rumahnya.

Kejadian itu juga menyebabkan Salmiah Marzuki terpaksa ditahan di wad hampir seminggu. Malah, jarinya juga tidak dapat berfungsi seperti biasa.

“41 hari yang lalu, jari saya digigit ular. Oleh disebabkan itu, saya terpaksa menginap di hospital selama 6 hari 6 malam. Akibat dari gigitan ular ini, sehingga sekarang jari saya masih tidak dapat berfungsi seperti biasa.

“Bukan ini cerita yang saya mahu sampaikan, tetapi saya ingin berkongsi nasihat seorang doktor agar jangan menanam pandan di belakang rumah sehingga terlalu merimbun. Memadai saja dengan menanamnya di dalam pasu untuk kegunaan sendiri. Menanam untuk tujuan komersial, lain cerita ya.


Pokok pandan yang ditanam di kebun kecil belakang rumah Salmiah | Foto – Salmiah Marzuki

“Menurut doktor yang berkongsikan pengalamannya ketika bertugas di unit orthopedik, banyak gigitan ular berlaku yang melibatkan mangsanya berada di kawasan pokok pandan. Ini termasuklah kes saya. Katanya, ular memang suka bersarang di celah-celah rimbunan pokok pandan. Jadi, berhati-hatilah ya rakan-rakan semua,” katanya.


Kejadian awal November lalu, jari telunjuk Salmiah bengkak disengat kala jengking | Foto – Salmiah Marzuki

Difahamkan, Salmiah pada awal November lalu pernah disengat kala jengking ketika melawat kebun kecilnya itu. Kesannya, jari telunjuk tangan kanan mengalami bengkak dan diberikan ubat antibiotik untuk meredakan bengkaknya. – The Reporter

sumber : www.gengviral.com

12 maut makan daging lembu dipatuk ular tedung selar

CAPE TIMUR, Afrika Selatan – Seramai 12 orang disahkan maut manakala berpuluh-puluh yang lain dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan selepas memakan daging seekor lembu yang mati akibat dipatuk ular tedung selar, kata pihak berkuasa kesihatan semalam.

Mangsa yang terkorban terdiri daripada tujuh dewasa dan lima kanak-kanak.


Pada Khamis lalu, portal Mail Online melaporkan 60 orang penduduk Kampung Mpoza, berhampiran bandar Tsolo, dekat sini terpaksa dikejarkan ke beberapa hospital selepas mengalami cirit-birit, muntah-muntah, sakit kepala dan kejang perut dipercayai akibat bisa ular yang meresap dalam daging lembu tersebut.

Daripada jumlah itu, seramai 16 orang kanak-kanak dihantar ke hospital, lapan daripadanya dipindahkan ke wad pediatrik Akademi Hospital Nelson Mandela manakala selebihnya dibawa ke Hospital Negeri Mthatha.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Cape Timur, Afrika Selatan, Sizwe Kupelo berkata, memandangkan jumlah kematian agak besar, pihaknya telah memilih untuk mengasingkan pesakit dan memantau keadaan mereka.

“Hospital St. Barnabas di Libode telah bersedia menerima pesakit tambahan bagi kes ini. Orang ramai digesa tidak memakan bangkai lembu yang mati akibat dipatuk ular kerana ia hanya mengundang padah jika kamu berbuat demikian,” katanya.

Ular tedung selar merupakan reptilia jenis Elapidae iaitu dari keluarga ular berbisa yang terdapat di kawasan tropika dan subtropika di seluruh dunia.

Racun haiwan itu mengandungi neurotoksin possinaptik yang merebak dengan cepat dalam aliran darah mangsa, menyebabkan kegagalan pernafasan dan diakhiri kematian.

sumber: kosmo