Seram!! Suami Isteri Diganggu ‘Makhluk’ di Rumah Sewa Taman Medan PJ.

Kisah ini bermula apabila aku dan suami perlu berpindah ke Petaling Jaya atas urusan kerja. Suami aku dapat rumah sewa di kawasan Taman Medan dengan harga yang agak murah. Rumah sewa aku ni berdekatan dgn Pasaraya Matahari. Jadi senang la aku nk beli apa-apa, jalan kaki pun boleh pergi pasaraya. Klinik kerajaan Taman Medan pun dekat dengan rumah. Masa mula-mula masuk ke rumah sewa ini aku dah rasa lain macam.

Mana tidaknya, aku siap jumpa kain putih lusuh berlumpur kering kat dalam bilik tidur aku. Siap ada 2, 3 helai rambut panjang melekat kat kain tu. Dalam hati aku terdetik, “Kain pontianak ke ni? Pontianak tukar baju dalam bilik ni ke?”. Aku tergelak kecil dengan diri aku sendiri. Tanpa banyak soal, aku terus campak kain tu dalam tong sampah di luar rumah.

Hari pertama aku kat rumah takda apa-apa pun yang berlaku. Aku siap aku menari-nari lagi dengan suami di dalam rumah. Masuk hari kedua, mula dah buat hal.

Suami pergi kerja. Aku dalam bilik ni main Candy Crush, selamba je aku dengar ada orang mandi macam orang gila kat bilik air di luar bilik. Dia punya jirus air tu macam gelojoh sangat nk mandi. Aku menangis dn terus telefon suami aku. Suami suruh baca apa-apa yang patut. Bila bunyi orang mandi dah hilang, aku pun pergi la tengok kat bilik air.

Ya Allah, berus gigi aku dan suami betul-betul ada dalam lubang jamban duduk tu. Lepas tu ada najis dekat atas lantai. Aku cuci semua dan terus masuk bilik tak keluar-keluar. Bukan itu saja, malam tu lagi teruk. Suami balik kerja nk makan nasi. Aku hidang nasi kt suami. Menjerit suami kata nasi basi dan bau hancing! Aku panik, macam mana boleh basi? Aku baru je masak nasi tu, masih panas lagi. Dah la basi, sekali pakej hancing pulak tu.

Suami aku bangun, terus pergi azan dekat tengah-tengah rumah. Habis je suami azan, ada suara ikut azan, suara itu datang dari sebuah bilik kosong yang pintunya bertutup. Benda tu azan main-main, gelak-gelak dan ianya sangat menyeramkan bercampur ngeri. Menggigil tangan aku dibuatnya, pertama kali aku berhadapan dengan benda-benda aneh macam ni. Suami terus tendang pintu bilik itu sampai terbukak! Nyalakan lampu, tapi takda apa-apa pulak. Tapi bilik bau hanyir dan busuk seperti bau bangkai.

Tanpa banyak cakap, suami dengan bengang telefon pemilik rumah. Mengadu pasal benda ni. Senang je jawapan si pemilik tu, dia kata itu adalah masalah peribadi penyewa. Lepas tutup panggilan, dah takda apa-apa gangguan dah. Tapi masa pukul 1 pagi, ada benda ketuk pintu belakang dapur macam nak pecah. Ketuk bertalu-talu macam pencegah maksiat yang ketuk dah bunyinya. Kuat sangat, suami terkejut sampai tergolek jatuh katil. Aku menangis takut yang amat sangat, suami jerit sampai nak terkeluar anak tekak barulah benda itu diam.

Kami tidur sambil pasang ayat-ayat suci al-Quran kat telefon. Gangguan tiada sampai ke pagi. Pagi esoknya bangun, ada kesan lebam dekat peha dan dekat perut aku, besar-besar pulak tu. Aku takut duduk rumah sorang-sorang, aku nak ikut suami pergi kerja tapi suami kata jangan takut dengan benda itu nanti dia lagi suka. Terpaksalah aku beranikan diri duduk sorang diri kat rumah. Tapi aku terperap dalam bilik la.

Dari pagi hingga ke petang takda apa yang berlaku, tapi ada perkara aneh yang terjadi sewaktu suami balik kerja. Suami kata “Awak bermantera apa dengan saya ni?”. Aku tak faham apa maksudnya dan tanya suami, “Mantera apa bang?”. Suami suruh tengok whatsapp. Aku on whatsapp, gila betul, aku ada hantar chat mentera kat suami aku dalam whatsapp. Manteranya berbunyi, “Terbang melayang-layang, ada di dahan, ada di darat. Masuk ke dalam jasad, terus ke hati. Menangis dijemput, menangis dihantar pulang, rambut mengurai, terkena sampuk, sehingga mati.” Berderau darah aku baca, takkan hantu setan pandai pakai whatsapp pulak? Pandai guna teknologi? Aku cakap kat suami bukan aku yang hantar, suami aku diam je masuk rumah.

Suami kata kita buat tak layan je, nanti benda tu tak kacau la. Nak cari rumah sewa lain memang dah takda duit dah. Lepas makan semua, malam tu lagi dahsyat. Benda tu dah mula main bakar-bakar pulak, tengah sedap-sedap tidur sambil pasang ayat suci, ada terbau asap, alih-alih dengar suami menjerit sekuat hati.

Mana tidaknya, beg duit suami terbakar, habis duit, kad pengenalan dan kad bank semua hangus. Memang seram campur sakit hati. Pertama kali tengok suami menangis. Belum reda lagi kes terbakar ni, tiba-tiba, semua bingkai gambar kahwin aku dan suami semua retak serentak. Lepas tu terdengar bunyi benda mengilai kat ruang tamu. Punyalah nyaring dan kalau korang dengar, fuh, mesti terkencing sebab lain macam dia punya mengilai.

Suami tak tahan, suami telefon ustaz yang dia kenal dan mintak tolong datang ke rumah. Ustaz tu kata, “Saya dekat Kuantan, Pahang ni.” Lepas je ustaz cakap mcm tu, ada satu suara garau cakap dekat depan pintu bilik aku macam ni, “Di Kuantan ya? Hihihihi.” Suami aku terus bukak pintu luas-luas dan cakap, “Jangan kacau la setan!”, sebab benda itu dah berani mendekat dan bersuara. Lepas tu suami sambung cakap dengan ustaz, “Ustaz dengar tadi?”. Ustaz tu tak jawab tapi dia baca sesuatu, dalam beberapa saat, ustaz tu suruh suami azan di setiap penjuru bilik. Suami cepat-cepat buat. Lepas tu, gangguan dah pulih sikit dan kami pun sambung tidur.

Pada esok harinya aku bangun, aku tiba-tiba ada kat dalam bilik air, suami angkat aku masuk bilik. Suami tak kerja, ponteng. Aku dah macam orang tak betul dah asyik ketakutan saja. Aku paksa suami cari rumah sewa lain. Suami duduk termenung diam je. Pagi tu aku ikut suami beli nasi lemak kat luar naik motor. Balik je rumah, bukak pintu, ada dua ekor burung gagak terbang dalam rumah. Terkejut betul aku.

Lepas tu ada najis dekat atas meja makan. Hilang selera makan aku. Suami tampar meja dengan tangan sambil cakap, “Melampau la ni!”. Suami suruh kemas baju-baju nak keluar dari rumah ni. Suami cakap rumah ni puaka tahap gila. Aku tanpa blengah terus kemas baju. Suami pergi buang air besar. Masa aku tengah kemas baju, aku dengar ada benda tengah pung pang pung pang masak kat dapur. Aku terus pergi tengok.

Alangkah terkejutnya aku tengok ada pontianak dengan rambut panjang sampai ke pinggang, rambut kusut masai tutup muka. Pakai kain putih lusuh yg aku buang sebelum ni. Selamba je dia berdiri dekat dapur macam patung sambil dua tangan letak kat perut (macam orang tengah solat). Benda tak guna itu pandang aku. Lutut aku goyang, memang goyang sangat tak tipu. Mulut aku terkunci, kaki pun tak boleh jalan. Badan gigil-gigil. Serius aku tak pernah nampak benda-benda ghaib ni seumur hidup aku. Sekarang dah nampak, memang tercabut skru lutut.

Terdetik dalam hati aku adakah kita boleh melihat mahkluk ghaib sejelas ini?! Pagi pulak tu. Nak panggil suami pun tak boleh, mulut terkunci habis! Aku ingat dalam filem je bentuk pontianak macam ni. Rupanya dalam keadaan sebenar pun sama. Lepas terketar-ketar sambil menangis, aku pengsan. Sedar-sedar aku dah ada kat pusat rawatan Islam. Sekarang aku dan suami sudah tinggalkan rumah syaiton itu.

Kami cari rumah sewa yang baru. Kami dapat rumah flat dekat Taman Desa Perangsang jalan PJS 3/52. Kedai runcit Aceh pun depan rumah je. Kat sini takda puaka-puaka syaiton ni.

Alhamdulillah semuanya ok je. Cuma satu je yang pelik, masa hari pertama masuk rumah sewa yang baru ni, aku ternampak kain putih lusuh baik je landing atas lantai rumah flat aku ni. Apabila aku pandang buat kali kedua, hilang la pulak kain putih lusuh itu. Mungkin khayalan aku je kot sebab aku masih trauma. Tetapi yang penting, gangguan yang menimpa keluarga kecilku sebelum ni sudah tiada. Tenang jiwa rasa.

Sumber dari facebook page rasmi kisahseram.com