Kes Altantuya: Akhirnya Razak Baginda buka mulut

SHAH ALAM – Sekian lama menyepikan diri, nama penganalisis politik, Abdul Razak Baginda muncul semula selepas kes membabitkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu menemui titik noktah.

Bercakap kepada sebuah portal, Abdul Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan kes itu menyifatkan spekulasi membabitkan kes kematian penterjemah itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.

“Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini. Tetapi kini lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang. Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul (Sirul Azhar Umar) melarikan diri ke Australia,” ujarnya.

Pada 2008, Abdul Razak dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Abdul Razak mengakui bersedia untuk membuka mulut sekarang kerana kes itu sudah berakhir dari sudut undang-undang.

Beliau juga dipetik sebagai berkata, walaupun tidak tahu motif pembunuhan Altantuya, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.

“Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu,” katanya sambil mendakwa memang wujud kes sebelum ini di mana polis bunuh tahanan reman.

Beliau turut mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.

“Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.

“Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?” soalnya.

HANGAT! Sehari Sebelum PRU14, Bapa ALTANTUYA Hubungi Mahathir


PRU14 | Kurang daripada 24 jam sebelum rakyat Malaysia mengundi esok, ayah kepada rakyat Mongolia Altantuya Shaariibuu menghubungi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan membawa pesanan untuk rakyat Malaysia.

Dalam pesanan ringkas untuk Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Setev Shaariibuu berharap rakyat Malaysia akan mampu memperoleh kebebasan dan keadilan dalam pilihan raya umum (PRU) esok.

“Rakyat Malaysia, tolong ingat Altantuya dalam pilihan raya ini,” kata Setev.

“Jika rakyat Malaysia buat pilihan salah, anda semua mungkin akan kalah, seperti pembunuhan (Altantuya) ini, “tambahnya.

Setev turut mengepilkan gambarnya memegang bendera Malaysia, selain menandatangani pesanan tiga ayat itu.

“Dia (Altantuya) dibunuh 12 tahun lalu tapi belum ada penyelesaian dalam kesnya. Berapa lama kami harus tunggu.

“6 Mei merupakan hari kelahirannya. Dia kini berumur 40 sekiranya masih hidup hari ini.

“Memandangkan hari kelahirannya sama dengan tempoh kempen pilihan raya di Malaysia, saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin – tolong jangan lupa Altantuya, undi dengan bijak,” katanya.

Pada 2 Mei laly, kerajaan memfailkan usul untuk meninggalkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengembalikan semula kerajaan sebagai defendan dalam saman yang difailkan Setev dan keluarga mendiang Altantuya yang dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Menurut peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, keluarga itu perlu memfailkan afidavit untuk menjawab usul berkenaan sebelum 6 Jun.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Ogos tahun lalu membenarkan kerajaan membatalkan permohonan oleh keluarga Altantuya, dengan alasan “tiada sebab munasabah untuk tindakan”.

Bagaimanapun, tiga anggota mahkamah rayuan yang diketuai Hakim Mohd Zawawi Mohd Salleh sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan membenarkan rayuan keluarga berkenaan.

Mereka memutuskan terdapat isu untuk perbicaraan dan kerajaan disebutkan semula sebagai defendam dalam saman RM100 juta itu.

Setev dan dua anak Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga memfailkan saman sivil berkenaan pada 2007.

Kredit rosesmediadaily