Adakah Ini Model Handphone Yang Digunakan Agong Semasa Majlis Angkat Sumpah Hari Itu?

Adakah Ini Model Handphone Yang Digunakan Agong Semasa Majlis Angkat Sumpah Hari Itu?

Khamis lalu, Tun Dr Mahathir sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Majlis mengangkat sumpah di Istana Negara itu berjalan dengan lancar.

Selain keterujaan rakyat di atas perlantikan perdana menteri baharu itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ,Sultan Muhammad V turut menjadi perhatian ramai.

Ketika majlis tersebut, pasti ramai yang perasan telefon pintar yang diletakkan di poket baju Melayu Tuanku. Ramai juga yang tertanya-tanya, telefon pintar jenama apa yang digunakan oleh Tuanku dan ada juga yang cuba meneka.

Baru-baru ini portal SoyaCincau cuba meneka telefon apa yang digunakan oleh Tuanku. Menerusi posting di Facebook, rata-rata netizen meneka ianya bukan telefon pintar iPhone dan Tuanku mungkin menggunakan telefon pintar Samsung seperti Galaxy S8 atau S9 berdasarkan bentuk lengkung telefon tersebut. Sukar untuk meneka memandangkan Tuanku menggunakan casing telefon yang bertutup.

Melihat pada lubang suara telefon tersebut, telefon pintar itu dipercayai bersaiz 16:9. Namun lubang suara itu tidak sepadan dengan telefon pintar Samsung keluaran terbaru kerana disebabkan skrin paparan yang besar, lubang suara diletakkan lebih tinggi.

Perbandingan lubang suara Galaxy S9+, Note8, iPhone 8 Plus dan iPhone X

Satu lagi faktor yang boleh diambil kira ialah dengan mengetahui lebar dan ketinggian telefon tersebut. Agak mustahil untuk dapatkan ukuran tepat, namun dengan ketinggian dan lebar 224 × 115 piksel melalui Photoshop, nisbahnya ialah 1.95.

Berikut adalah nisbah lebar & ketinggian untuk 4 telefon pintar utama

• Galaxy S9 – 147.7mm x 68.7mm = 2.149

• Galaxy S9 + – 158.1mm x 73.8mm = 2.142

• Note8 – 162.5mm x 74.8mm = 2.172

• iPhone 8 Plus – 158.4mm x 78.1mm = 2.028

• iPhone X – 143.6mm x 70.9mm = 2.025

Berdasarkan perbandingan di atas, kemungkinan besar Tuanku menggunakan iPhone 8 Plus. Namun ada netizen yang cepat-cepat memberikan pendapat bahawa tiada flip cases untuk iPhone. Tetapi ianya tidak benar kerana flip cases untuk iPhone sememangnya ada.

Rasanya ini pertama kali kita tengok Yang Dipertuan Agong letak telefon dalam poket baju Melayu semasa acara rasmi. Apa-apa pun ‘Our King’ memang sempoi habis

sumber : sayangawak

sumber