Mesyuarat tergempar tentukan nasib Najib

SATU mesyuarat tergempar diadakan di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur, hari ini.

Mesyuarat itu dipercayai bagi menentukan nasib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak sama ada dikekalkan atau diminta berundur dari jawatan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat tertutup itu.

“Semuanya akan diberitahu pada sidang media selepas mesyuarat,” katanya ditemui media di tingkat 39 Menara Dato Onn, hari ini.

Turut kelihatan, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Emieryati Samsudin dan Ketua Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut kelihatan, barisan Exco Pemuda dan Puteri UMNO.

Terdahulu media dijemput menghadiri satu sidang media membabitkan Khairy, Mas Emieryati dan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun, media diminta ke kediaman Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur kerana sidang media mahu diadakan di hadapan rumah bekas Perdana Menteri itu.

Source link

The post Mesyuarat tergempar tentukan nasib Najib appeared first on Sayap Tempur.

SUMBER : sayaptempur

Cerita ke2

Mahani Ishak
mahani@bh.com.my

DATUK Seri Najib Razak menyatakan akan mengambil keputusan mengenai kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu sekali gus mengambil kira kemerosotan sokongan rakyat kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Saya mengambil maklum pelbagai pandangan pemimpin dan ahli-ahli parti di semua peringkat mengenai kedudukan saya. Sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, saya bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14).

“Sebarang keputusan saya itu akan memastikan UMNO dan BN sebagai parti yang paling banyak kerusi di Parlimen terus kekal utuh agar dapat terus menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau akan memaklumkan keputusan dan perancangan masa depannya dalam masa terdekat.

“Sepanjang tempoh ini saya memohon semua ahli UMNO dan BN bertenang dan tabah serta terus menguatkan ikatan kita terutama dalam suasana politik yang mencabar ini.

“Sebarang keputusan yang saya akan buat nanti, hanyalah untuk memastikan UMNO dan BN kembali kuat dan mendapat semula kepercayaan rakyat.

“Saya yakin UMNO dan BN dapat mengembalikan kekuatan ini kerana sepanjang 60 tahun mentadbir negara, kita telah membuktikan kemampuan kita berkhidmat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Katanya, penyokong perlu reda dengan ketentuan Allah, selain melihat semua itu satu hikmah dan berusaha memperbaiki segala kelemahan.

Awal pagi hari, Najib mengambil keputusan untuk berehat seketika dan meluangkan masa dengan keluarganya selepas beberapa tahun tidak berpeluang berbuat demikian.

Tanpa mendedahkan butiran perjalanan sempena ‘cutinya’, Pengerusi BN itu berkata, ia perlu selepas berkecimpung lebih empat dekad dalam dunia politik dan mengharungi kempen PRU-14 yang digambarkan bersifat peribadi serta amat getir.

“Saya berdoa pasca tempoh polarisasi ini, negara akan kembali bertaut. Saya memohon maaf terhadap sebarang kepincangan dan kesalahan, selain berterima kasih kepada rakyat yang memberi peluang untuk menerajui Malaysia.

“Ia adalah satu penghormatan dalam seumur hidup saya kerana diberikan peluang untuk berkhidmat kepada rakyat dan Malaysia,” katanya menerusi entri di akaun Twitter rasminya, @NajibRazak, hari ini.