Rafizi dedah nama tokoh Pas yang terlibat dengan 1MDB

SUNGAI BESI – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pendedahan itu dibuat menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Rafizi, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.

Difahamkan, Mohd Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.

“Siasatan SPRM ke atas SRC International Sdn Bhd mendapati sejumlah dana syarikat itu telah dipindahkan ke akaun peribadi Najib. Daripada akaun Najib, terdapat bayaran kepada peguam tertentu.

“SPRM telah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti tokoh-tokoh yang dibayar menggunakan wang SRC International Sdn Bhd yang disalurkan melalui peguam tersebut.

“Salah seorang penerima bayaran daripada peguam tersebut adalah Nasharudin,” katanya dalam sidang media tersebut.

Menurut Mohd Rafizi lagi, maklumat mengenai dakwaan tersebut didedahkan oleh seorang kenalannya yang juga merupakan bekas pegawai kanan SPRM.

“Pada 28 Januari lalu, saya bertemu dengan seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertanya khabar setelah beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Itu adalah kali pertama kami berkomunikasi baik secara elektronik mahupun bersua muka.

“Beliau adalah pegawai SPRM terkanan mengetuai siasatan ke atas dana 1MDB dan keterlibatan Najib dalam skandal tersebut. Oleh itu, beliau mempunyai maklumat yang sahih dan terperinci mengenai siasatan dan aliran dana daripada 1MDB ke akaun peribadi Najib, seterusnya ke akaun tokoh politik lain,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan ke SPRM esok pada jam 11 pagi bagi membuat laporan berhubung perkara berkenaan.

Beliau turut menyarankan mana-mana pihak tampil membuat laporan polis jika tidak berpuas hati dengan pendedahan yang dibuat.

“Kepada mereka yang banyak cekadak di luar sana, melalak di Facebook tidak akan mendatangkan hasil. Saya minta mereka buat laporan polis,” tegasnya.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Boleh buka semula siasatan, kata Musa Hasan

Polis perlu membuka semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu sekiranya ada keterangan baharu dikeluarkan…

Kredit rosesmediadaily

Tun M Laung Amaran Pertama!! “Ketua Jabatan Yang Ada Salah Guna Kuasa Bakal Disingkir. Hutang tersembunyi negara RM 1 TRILION”

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 secara sah semalam selepas majlis angkat sumpah akhirnya berjaya diadakan pada jam 9:30 malam.

Berjanji akan memansuhkan GST dan sedaya upaya memulihkan negara dalam masa 100 hari pentadbiran, terdapat beberapa lagi perkara yang mungkin akan berubah dalam kerajaan baru ini.

Beberapa ketua jabatan mungkin digugurkan

Mendakwa tidak mahu mengamalkan politik dendam, kerajaan tak menolak kemungkinan menggugurkan beberapa ketua jabatan yang melakukan perkara tidak membawa kebaikan kepada negara ketika era kepimpinan terdahulu.

Langkah tersebut katanya demi nak pastikan pentadbiran kerajaan tak terpalit amalan merosakkan, lapor Berita Harian.

“Ketua-ketua jabatan tertentu mesti digugurkan. Saya dapati sesetengahnya bersubahat dan membantu pemimpin terdahulu yang kleptokrasi,” kata Tun M.

Gambar hiasan

“Saya akan pulangkan duit mereka”

Tun M memaklumkan ramai kenalan dikunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dikenakan cukai tidak sepatutnya ketika pemerintahan kerajaan sebelum ini.

“Sesetengah orang yang rapat dengan saya dikunjungi LHDN dan ada juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi (SPRM) dan mereka dikenakan cukai tambahan (ketika pentadbiran kerajaan terdahulu).”

“Saya akan pulangkan semula (duit mereka),” kata Tun lagi.

Hutang negara cecah RM 1 TRILION?

Lepas negara berada di bawah tampuk pemerintahan baru, ramai tertanya-tanya dengan keadaan kewangan negara kita. Tun M memaklumkan negara kita ternyata sememangnya dibelenggu masalah pengurusan kewangan.

Bank Negara mendapati jumlah keseluruhan hutang yang dipinjam kerajaan terdahulu berjumlah hampir RM800 BILION. Namun Tun M menganggarkan jumlah tersebut adalah sebenarnya jauh lebih besar dari yang dinyatakan.

“Tetapi sebenarnya saya jangka jumlah yang tersembunyi dipercayai mencecah RM1 trilion.”

Mak ai banyaknya hutang negara kita gais. Semoga tampuk pemerintahan baru dapat memulihkan keadaan negara tercinta dan menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh amanah.

Tun M Laung Amaran Pertama, Ketua Jabatan Yang Ada Salah Guna Kuasa Bakal Disingkir ..

Tun Mahathir berkata, tindakan ini harus dilakukan kerana ada antara mereka yang dikaitkan dengan salah guna kuasa.”Beberapa ketua jabatan mesti digugurkan, kami mendapati sesetengah mereka yang dikaitkan dengan perdana menteri sebelum ini yang mana disifatkan oleh dunia sebagai kleptokrat (penipu).

“Kami berjanji akan membentuk kerajaan yang baik berdasarkan perlembagaan dan undang-undang yang akan membimbing kami sepanjang pentadbiran,” katanya pada sidang media pertamanya selepas dilantik menjadi perdana menteri, malam Khamis.

Ketika ditanya tentang tempoh perkhidmatannya sebagai seorang perdana menteri kali ini, Dr Mahathir berkata, beliau akan memegang jawatan tersebut selagi khidmatnya diperlukan, namun tidak terlalu lama.

“Pakatan Harapan (PH) akan membentuk kabinet baharu. Saya rasa saya ada pengalaman dan kerajaan mungkin memerlukan pengalaman saya. Saya akan kekal selagi mana saya diperlukan, tapi tidak terlalu lama,” ujarnya.

Menurut beliau, PH akan mengadakan mesyuarat dalam kalangan majlis presiden parti tersebut pada Jumaat untuk membincangkan tentang pembentukan kerajaan.

“Walaupun saya perdana menteri, saya perlu mempertimbangkan pendapat daripada parti komponen.

“Tentang bagaimana kami membahagikan jumlah menteri antara kami,” kata Dr Mahathir.

Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan bagi membincangkan pembentukan barisan Kabinet baharu, pagi ini.

Menurut Perdana Menteri, mesyuarat tersebut dijangka diadakan pada pukul 10 pagi di ibu negara.

Beliau berkata, walaupun mempunyai kuasa mutlak untuk melantik secara terus barisan Kabinet namun berpandangan suara semua presiden parti perlu diambil kira.

“Esok (Jummat) cuti tetapi saya tidak bercuti kerana perlu mengadakan perbincangan untuk membentuk Kabinet iaitu pembahagian menteri.

“Selain itu, beberapa perkara lain juga perlu dilakukan antaranya melibatkan perkara rasmi dan berkaitan polisi,” katanya dalam sidang akhbar, malam tadi.

Ketika ditanya sama ada ketua-ketua jabatan sedia ada akan dirombak, Dr. Mahathir memberitahu, sesetengahnya akan digugurkan kerana didapati bersekongkol dengan kerajaan terdahulu.

Dalam pada itu, mengulas tentang manifesto, beliau memberitahu pihaknya sentiasa berusaha untuk memastikan setiap inisiatif yang dirangka termasuk pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan menstabilkan harga minyak akan dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan.

Menjelaskan tentang perancangan masa depan negara pula, Dr. Mahathir berkata, pihaknya akan memberi fokus terhadap kewangan negara dan pengurusan ekonomi.

Malah beliau turut komited untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mesra perdagangan sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dalam dan luar negara. –

VIDEO:

sumber: malaysiakini, lobakmerah

SUMBER : media2060