AKHIRNYA! BEKAS PENGAWAL PERIBADI TUN DR MAHATHIR DEDAH RAHSIA BUAT RAMAI TERKEJUT!!

KUALA NERANG: Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh mengembalikan semula kenangan bekas pengawal peribadi beliau semasa bertugas.

Saad Hashim, 77 tahun, berkata, dia sungguh terharu apabila Mahathir sekali lagi dilantik sebagai perdana menteri.

KUALA NERANG: Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh mengembalikan semula kenangan bekas pengawal peribadi beliau semasa bertugas.

Saad Hashim, 77 tahun, berkata, dia sungguh terharu apabila Mahathir sekali lagi dilantik sebagai perdana menteri.

Menurut Saad atau lebih dikenali Pak Ad berkata, dia pernah berkhidmat selama 30 tahun ketika Mahathir menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu.

“Saya sangat gembira apabila Tun dilantik sekali lagi dan terasa ingin bertugas kembali tetapi kudrat saya hari ini sudah tidak mampu lagi untuk bekerja. Ini berbeza dengan Tun walaupun sudah berusia 93 tahun tetapi masih mampu tunggang kuda dan kayuh basikal.
“Sejak dahulu lagi Tun sangat menjaga kesihatannya dengan hanya makan ala kadar untuk mengalas perut sahaja. Apa yang uniknya Tun tidak makan ikan kerana dididik oleh ibunya sejak kecil lagi,” kata bekas Setiausaha Kerja Umno Bahagian Kubang Pasu.

Menurut Pak Ad, sepanjang berkhidmat, Mahathir disifatkan sebagai seorang yang sangat menepati masa.

Bagi Mahathir masa adalah seperti emas dan sangat berharga. Setiap kali jika ada sebarang program semua kakitangan yang bertugas akan datang lebih awal lagi.

“Tun seorang yang tegas dan berani. Jika beliau hendak sesuatu pasti akan pergi tidak kira sama ada bahaya atau tidak. Contohnya semasa pembinaan Universiti Utara Malaysia (UUM) dia mengajak saya bersamanya walaupun kawasan itu bahaya sebelum ini.

“Tun sendiri mahu melihat sejauh mana pembinaan UUM pada masa itu. Ini menunjukkan dia sangat mengambil berat tentang pembangunan serta pendidikan kepada masyarakat terutamanya pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke situ nanti,” katanya.

Menurut Pak Ad, tabiat yang masih kekal pada Mahathir sehingga hari ini ialah sering membawa buku catatan dan pen untuk dicatat segala masalah rakyat atau sesuatu yang baharu baginya.

Buku catatan dan pen seperti nyawa beliau kerana Mahathir tidak akan pergi ke mana-mana tanpa dua benda itu walaupun pergi ke luar negara.

“Oleh itu tidak hairanlah jika Tun keluar negara pun dia akan mencatat segala apa yang dia lihat dan dengar supaya dapat memberi panduan kepadanya.

“Sebab itu banyak pembaharuan dibawa masuk semasa di bawah kepimpinannya dengan pelbagai dasar supaya memajukan negara kita ini,” katanya. Kredit : https://news.kecoh.info

9 Kata-Kata Emas Tun Dr. Mahathir Untuk Rakyat Malaysia

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

1) Usah Berkira Belanja Wang Untuk Beli Buku

Sewaktu kecil, saya belanjakan wang yang diberi ibu bapa saya untuk beli buku pada hari minggu. Saya banyak membaca buku Bahasa Inggeris, jadi sebab itu saya fasih dalam pertuturan Bahasa Inggeris. Dari kecil lagi saya meletakkan kepercayaan tinggi, apabila kita buat berulang kali untuk sesuatu perkara, tidak dapat tidak, kita akan jadi cekap, termasuk membaca buku.

Jika anda banyak membaca, otak anda makin cekap. Apa yang anda bakal capai 3-5 tahun, adalah dari apa yang anda baca sekarang. Usah berkira untuk belanja wang ringgit untuk dapat bahan bacaan. Nilainya bukan pada apa yang kita keluarkan (wang ringgit), tetapi pada apa yang kita akan dapat nanti (ilmu).

2) Ubah Mindset Bekerja Kepada Berniaga

Di seluruh Alor Star, banyak kedai orang Cina. Pekan Melayu, tetapi kebanyakan yang ada adalah kedai cina. Saya tanya diri saya kenapa begini. Orang Melayu ketika itu anggap berniaga itu kerja yang hina. Dapat gaji adalah kerja mulia. Mudah kata, baru ada status, baru ada ‘style’. Saya rasa tidak sedap hati. Majoriti orang melayu, masa itu nelayan, petani. Rata – rata miskin, saya kasihan lihat mereka. Saya nampak kita perlu ubah mindset begini.

3) Persediaan Strategi Menentukan Kejayaan

Ketika darjah 4, Jepun serang Tanah Melayu. 3 tahun saya tidak bersekolah. Masa itu saya hairan bagaimana Jepun boleh kalahkan British. Walhal ketika itu, orang Melayu kebanyakan mengandaikan sangat mustahil untuk pihak Britih kecundang, lagi-lagi di tangan Jepun. Sebab itu anda boleh lihat dimana Jepun sekarang berbanding kita. Jika mereka mahu lakukan sesuatu perkara, mereka rancang dengan strategi yang sistematik. Dari sekecil-kecil hal sehingga hal yang berat.

4) Pertahankan Tanah Air Kita Walaupun Apa Jua Keadaan

Masa Jepun kalah, British kembali semula ke Tanah Melayu. Kita orang Melayu, seronok sakan pula. British datang, kata mahu gubal cara pemerintahan, mereka rancang mahu asaskan Malayan Union, mahu jadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan British. Secara tidak langsung, raja diturunkan pangkat, mereka akan berkuasa sepenuhnya termasuk hal perundangan. Ketika itu orang Melayu marah, baru nak marah. Ketika itu usia saya belasan tahun, saya sangat bergerak aktif. Waktu malam, saya tampal poster, protes terhadap British.

5) Tip Kepimpinan – Tahu Apa Orang Bawahan Mahu

1 tip untuk jadi pemimpin yang mulia di mata rakyat. Tahu apa yang orang bawahan mahu. Anda buat, rakyat akan suka. Saya suka pemimpin yang boleh bawa individu dari orang kebiasaan jadi orang berjaya. Selain itu, pemimpin pertama yang saya kagum dan contohi adalah Rasulullah S.A.W. Kedua, Peter The Great, pemimpin dari Russia. Dan ketiga, Nelson Mandela, pejuang kemerdekaan Afrika Selatan.

6) Disiplin Kunci Kejayaan Hidup

Untuk melakukan sesuatu perkara, lakukan dengan penuh disiplin. Contohnya untuk majlis hari ini di MMU Cyberjaya, slot saya adalah pada jam 4 petang, saya sampai sebelum pukul 4.00 petang. Dan ya, saya buktikan pada anda hari ini.

7) Kepada Orang Muda : Usah Dilayani Keseronokan Melampau

Jangan ikut keseronokan yang melampau. Sebagai contoh, orang Melayu sekarang suka jadi mat rempit dari teruskan pelajaran dari universiti. Dahulu lain, dapat tawaran universiti, kita dahulu melompat-lompat suka. Melayu sekarang perlu sedar. Tidak rajin belajar ilmu baru, anda tidak akan berjaya.

8) “Bersih, Cekap, Amanah”

Buat kerja dengan amanah, jujur. Dahulu saya cipta slogan, “Bersih Cekap Amanah”. Kalau kita latih diri sebagai orang disiplin, dan andai kita ikuti prinsip yang dibawa slogan itu, negara kita akan maju lebih dari negara maju yang lain.

9) Pengorbanan Sekarang Untuk Kesenangan Generasi Masa Depan

Apa yang golongan muda boleh buat untuk negara? Jawapan saya, perlu kuasai segala hal demi keluarga, masyarakat, negara. Jika hasil tidak nampak sekarang, itu kerja Tuhan, kita ikhtiar, kita mohon doa pada Dia. Yang pastinya, dengan izin Allah hasil pengorbanan kita dahulu, anak cucu kita akan hidup senang lenang. Begitu juga perihal kemerdekaan. Kemerdekaan negara pada hari ini adalah hasil pengorbanan dari nenek moyang kita pada zaman mereka.

kredit :http://www.majalahniaga.com via jomshare