‘Pembebasan papa hadiah istimewa ramadan’ – Nurul Izzah Anwar

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyifatkan berita pembebasan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim hadiah istimewa menjelang Ramadan.

“Kami telah tidak bersamanya pada banyak Ramadan dan saya anggap inilah hadiah paling manis untuk keluarga dan keluarga besar di Permatang Pauh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini.

Nurul Izzah berkata usaha petisyen permohonan pengampunan untuk Anwar yang dimulakan sejak 2015 akhirnya berjaya.

“Kami sentiasa berjuang bersamanya dalam usaha melakukan reformasi keadilan… ini bukan setakat mengenai bapa saya, tetapi melakukan ini demi keadilan,” kata beliau.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan agar mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja berkaitan proses pengampunan dan pembebasan Anwar dimuktamadkan.

Anwar, 71, menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantunya.

Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sebelum ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun.

Sumber – Bernama

Kecoh Semua Media Bila Menunggu DSAI. Rakaman Pertama Anwar Ibrahim Selepas Bebas Dari Penjara

Kebebasan Anwar curi tumpuan media antarabangsa

Pasti ramai rakyat Malaysia yang menantikan saat ini, saat pemimpin yang disanjung tinggi akhirnya dibebaskan daripada hukuman penjara.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun pada Februari 2015, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Detik bersejarah buat Malaysia ini turut mencuri tumpuan media yang pada pagi ini setia menunggu untuk membawakan berita terkini dari Hospital Rehabilitasi Cheras di mana Anwar sedang menerima rawatan.

Bukan hanya media tempatan, malah wakil media antarabangsa turut diterbangkan dari seluruh dunia untuk membuat liputan momen bersejarah ini.

Ada juga agensi media antarabangsa yang sudah lama tiba sejak bermulanya musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berakhir baru-baru ini.

DETIK AKHIR SEBELUM ANWAR IBRAHIM BEBAS

Anwar ketika ini masih meneruskan rawatan fisioterapi bagi bahu kanannya di hospital tersebut, setelah menjalani pembedahan November lalu.

Anwar mengalami kecederaan kecil di bahunya selepas kenderaan Jabatan Penjara yang membawanya pulang ke Penjara Sungai Buloh terlibat dalam kemalangan jalan raya September lalu. Moga beliau kembali pulih sepenuhnya.

SUMBER : ASTRO AWANI

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM BEBAS

KAWALAN KETAT SEPANJANG PEMBEBASAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI HOSPITAL

Kami mengucapkan semoga semua dipermudahkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nampak beliau sihat waalfiat ketika keluar dari hospital. Beliau mesti rasa terharu dengan kehadiran ramai orang untuk menyambut beliau. Ini dinamakan rezeki Ramadhan kerana beliau keluar sehari sebelum bermulanya puasa. Lagi sekali semoga segala urusan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipermudahkan. Insyallah – Buletin Netizen

Sumber : sinarvirall