“Tak Sabar Nak Berdebat Dengan KJ, Najib di Parlimen” – Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui tidak sabar untuk berdebat dengan dua pemimpin Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila sidang Parlimen bermula kelak.Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, beliau turut berharap agar Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau akan menjadi ketua pembangkang.

“Saya memang menanti-nantikan situasi tersebut. Bukan saja berdebat tetapi saya juga nak bekerjasama dengan mereka.

“Contoh macam KJ (Khairy), program-program yang telah dilaksanakan seperti Fit Malaysia sangat baik dan perlu diteruskan. Kalau ada idea yang baik, beliau boleh bangkitkan di Parlimen,” katanya dalam sesi Facebook Live Sinar Harian, hari ini.

Menurut beliau, Manifesto Pakatan Harapan (Harapan) juga telah menetapkan status ketua pembangkang adalah setaraf menteri.

“Mereka akan diiktiraf setaraf dan layanannya sama seperti menteri. Apabila ketua pembangkang itu kuat, dia boleh pastikan kerajaan yang mentadbir adalah kerajaan yang telus dan berintegriti.

“Sebab itu kita nak tunggu siapa ketua pembangkang daripada pihak BN supaya kita boleh naikkan tarafnya sama seperti menteri,” katanya.

Mengulas mengenai kemenangannya dalam PRU14 walaupun dipandang sebelah mata pihak lawan, Syed Saddiq berkata, ia merupakan kejayaan untuk anak muda.

“Sebelum saya bertanding, banyak pihak kata saya ni terlalu muda dan tak mampu membangunkan Muar. Saya dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti anak kucing dan budak hingusan oleh menteri BN.

“Tetapi kemenangan ini menunjukkan anak muda mampu kalau diberi peluang. Saya harap ini isyarat jelas kepada kerajaan dan juga pembangkang yang baru untuk beri lebih banyak peluang kepada kami,” katanya.

Penerima Dana Sinar Anak Muda Dalam Politik ini juga bersedia memberikan sumbangan untuk menggalakkan lebih ramai anak muda berpolitik.

“Saya harap inisiatif ini akan disertai oleh semua anak muda. Semoga akan ada inisiatif lain seperti program kepimpinan anak muda dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk bantu,” katanya.

Sumber: Astro Awani / Sinar Harian

Biodata Syed Saddiq

1. Anak Jati Johor

Nama penuh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Dilahirkan pada 6 Disember 1992
Anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik
Ibunya merupakan seorang guru dan ayahnya perkerja buruh yang berulang-alik ke Singapura.

2.  Pendidikan

Royal Military College (Sekolah Menengah)
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) Universiti Islam Antarabangsa
Mejadi felo akademik di Universti Temple, Philadelphia dalam bidang Pluralisme agama dan seni dialog.
Mendapat tawaran biasiswa Blavatanik dan ditawar menyambung pengajian peringkat master di Unversiti Oxford.

3. Anugerah

Anugerah Perdana Belia Negara (Anugerah Berprestij Belia Diiktiraf Perdana Menteri)
Anugerah Merdeka (Menteri Belia Dan Sukan)
Anugerah Ikon Varsiti Berita Harian
Anugerah Kepimpinan Pelajar Kebangsaan
Anugerah Rektor IIUM (Sebanyak 3 kali)
Anugerah Platinum Pertama IIUM (Sumbangan Cemerlang Kepada Universiti)

4. Pendebat Terbaik Dunia

Pemegang Rekod Dunia dalam sejarah Kejohanan Debat Universiti Dunia
Pendebat Terbaik Asia (3 Kali Berturut-turut)
Pendebat Terbaik Australia, Cambridge & Oxford Inter Varsities Debate Championship (ESL)
Individu Asia Pertama dilantik sebagai Ketua Hakim (Cambridge Inter Varsities di UK)
Ketua Hakim (Kejohanan Debat Universiti Dunia di Netherlands)

5. Pengalaman

Syed Saddiq telah dijemput untuk mengadakan seminar di lebih daripada 25 negara seperti Afrika Selatan, Pakistan, Filipina, Taiwan, China, Qatar, & lain-lain untuk mengajar debat dan pembangunan belia. Beliau juga telah bercakap di TedxYouth dan pelbagai simposium anti rasuah.

6. Hobi

Suka mengajar
Membaca Buku
Peminat setia kucing
Mendengar Lagu Selena Gomez

7. Bergiat Aktif

Seawal usia 23 tahun, Syed Saddiq merupakan salah seorang pengasas bersama dan menjadi ketua pemuda bagi parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau kini bekerja sebagai pemikir polisi awam dan pada masa yang sama bekerja separuh  masa di 3 tempat berbeza. Beliau melatih pasukan debat dan bersyarah secara berkala di luar negara (Qatar, China, Indonesia, Filipina)

8. Inspirasi

Bertugas sebagai Pegawai Penyelidik kepada Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad

Sumber: cakapsinilah