[VIDEO] ‘Tak Tahu Kenapa Dalam Dunia Ni, Banyak Orang Yang Tikam Kita Daripada Belakang’- Datuk Aliff Syukri Kecewa Pekerja ‘Paling Baik’ Curi Duit Serta Perabot!

Usahawan kosmetik terkenal, Dato Aliff Syukri memang sudah dikenali dengan watak kecohnya yang tidak boleh dikawal. Ramai juga yang mengecam dan ramai juga suka dengan keletahnya.

Kes curi yang berlaku di dalam rumah Datuk Aliff bukan lagi perkara luar biasa. Sebelum ini pernah juga beberapa orang pekerjanya yang mencuri duitnya. Aduhai, kesian sungguh kan?

Baru-baru ini kes kecurian duit ini terjadi lagi dan membuatkan pengasas kosmetik dengan slogan ‘Terlajak Laris’ ini merasa sangat kecewa dengan ujian yang menimpanya.

Menerusi video itu, Datuk Aliff mendedahkan kalau individu yang mencuri duitnya ini adalah orang gajinya yang dipercayai selama ini.

Tambahnya lagi, jumlah duit yang dicuri dikatakan puluhan ribu! Alamak banyak betul tu Datuk! Terkhianati, itulah perasaannya sekarang ini apabila pekerja yang dijaga selama ini mencuri duitnya.

Datuk Aliff juga akui kalau kebelakangan ini dia merasa serabut dan tidak tahu untuk buat apa, oleh itu dia jarang-jarang mengemaskini IG dengan video-video terbarunya.

Nampak baik tapi hakikatnya dia yang paling jahat..

VIDEO :

Berikutan luahan hatinya yang agak sedih itu, ramai pengikut yang memujuk dan menyuruh Datuk Aliff untuk bersabar. Netizen juga punya rasa belas kasihan dengan penyanyi lagu ‘Abang Nak Tegur’ ni..

Jangan show sangat kekayaan, ujian Allah jugak ni

Sabar jela Dato

Mungkin bukan rezeki kita

Berbalik pada Allah, semua ada hikmah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Dumber: DiariDunia