Siapa Sangka Rupa-rupanya Inilah Tentang Azmin Ali Yang Mungkin Ramai Masih Tidak Tahu

Dalam politik Malaysia banyak betul konflik yang berlaku sama ada dalam BN mahupun Pakatan Harapan dan juga parti-parti lain. Untuk PH, Azmin Ali (MB Selangor) dah mendakwa yang Izham Hashim (Ketua Amanah Selangor) sebagai penipu. Puncanya, sebab Izham cakap yang mesyuarat untuk pembahagian kerusi di Selangor belum diadakan. Padahal Azmin bagitahu dia dah buat kot!


Imej dari Mynewshub.

Konflik yang terjadi ni adalah salah satu yang melibatkan nama Azmin Ali tahun ni. Pentingya watak Azmin ni sebab dia akan menentukan macam mana strategi PH di Selangor. Selangor ni pulak adalah rebutan hangat kedua-dua BN dan PH dalam PRU-14 nanti sebab kaya dan paling ramai penduduk. Sebelum berlakunya konflik antara Azmin dan ketua Amanah Selangor, ada banyak lagi yang konflik yang melibatkannya macam senarai kat bawah:

Disember tahun lepas, Azwan Ali yang juga adik kandung Azmin dah berjanji akan bantu UMNO, untuk jatuhkan Azmin dari jawatan MB Selangor pada PRU akan datang.
Bulan lepas, PKR Selangor yang diketuai Azmin dah menolak sokongan terhadap Mahathir lepas diumumkan sebagai calon PM dari PH. Kemudiannya, Azmin sokong balik Mahathir.
Bulan lepas juga, ada berita-berita meragukan yang Azmin masih buat perbincangan dengan PAS di belakang Pakatan. Walaupun PAS dah tak bersama pakatan pembangkang dan PH pun dah umum yang mereka takde hubungan dengan PAS.
Jadi, kali ni kami dari SOSCILI ambil keputusan untuk cerita sejarah hidup Azmin Ali yang penuh warna-warni yang ramai tak tahu. Ianya bermula dengan…

Anak kepada seorang askar yang lahir di Singapura

Azmin ni rupanya lahir di Singapura pada tahun 1964. Dia merupakan anak keempat Haji Ali Omar yang kesemuanya ada enam orang. Bapanya dulu pernah berkhidmat dengan askar British dan kemudiannya jadi askar Malaysia. Empat tahun lepas Azmin lahir, dia dan familinya pindah ke Hulu Kelang, Gombak (tempat Azmin menang PRU).

Dekat KL, dia bersekolah rendah di Gurney Road School dan bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak. Pada tahun 80-an, dia sambung belajar kat Universiti Minnesota, US dan menerima Ijazah dalam Matematik dan Ekonomi serta Master dalam Pendidikan.

Nama Azmi Ali dalam satu keratan akhbar Universiti Minnesota. Imej dari University Minnesota.

Lepas tu, dia balik ke Malaysia dan terus masuk dalam dunia politik. Cerita macam mana dia masuk ke dalam politik lepas ni mesti akan buat korang tercekik kalau tengah makan.

Azmin Ali sebenarnya dianggap sebagai anak angkat oleh Mahathir

Masa berumur 23 tahun, kerjaya pertamanya adalah sebagai Pegawai Khas Menteri Pendidikan waktu tu iaitu Anwar Ibrahim. Siapa yang pilih dia? Rupanya, Dr Mahathir sendiri. Sebabnya mereka berdua ada hubungan yang rapat sejak di US. Di mana Azmin jadi pemimpin pelajar manakala Dr M sebagai PM. Dekat sana juga, dia pernah buat forum dialog melibatkan Mahathir yang dibanjiri dua ribu penonton.

Bapa ankgat dan anak angkat. Imej dari TV14.

Hubungan mereka ni memang rapat sampaikan waktu Azmin kahwin pada tahun 1988, PM datang majlis tu sebagai tetamu kehormat. Bukan takat tu je,

“Malah tarikh pun dia (Dr Mahathir) yang bagi, sepatutnya diadakan 8 Ogos 1988 tapi ketika itu tarikh tersebut bertindih dengan majlis perkahwinan anak Tan Sri Datuk Ahmad Razali, saudara kepada Tun Dr Siti Hasmah,”- Azmin, petikan temubualnya dengan The Malaysian Insider.

Hubungan Azmin dan Mahathir mula goyang apabila Anwar jadi Timbalan Perdana Menteri. Bayangkan, Azmin jadi Setiausaha sulit Anwar sejak dia jadi Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan TPM. Tiba-tiba, Anwar dipecat oleh Mahathir serta ditahan oleh pihak berkuasa. Di situlah bermulanya detik paling sukar dalam hidup Azmin untuk dia buat pilihan.

“Jadi, bila berlaku pemecatan 2 September 1998, bukanlah mudah untuk saya buat keputusan sama ada nak bersama Dr Mahathir atau dengan Datuk Seri Anwar.”– Azmin, petikan temubualnya dengan The Malaysian Insider.

Waktu ni tak terfikir lagi nak pilih Mahathir ke Anwar. Imej dari Tranungkite.

Akhirnya, dia buat keputusan untuk berpihak kepada Anwar. Dia juga dah jadi salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat sewaktu gerakan Reformasi berlaku serta berlakunya penahanan terhadap Anwar. Melalui pilihan tu, dia dah memutuskan semua hubungan dengan Mahathir selama 17 tahun hingga bertemu semula pada tahun 2015 dengan kebenaran Anwar.

Cabaran untuk Azmin nampaknya juga bertingkek-tingkek. Bukan setakat mentor rapatnya, Anwar ditahan dan dipenjarakan untuk enam tahun, malah, isterinya sendiri dituduh ada hubungan dengan Anwar. Apa yang menggemparkan, orang yang mendakwa isteri Azmin dan Anwar ada hubungan adalah adiknya sendiri, Ummi Hafilda.

Adik sendiri menjadi musuh hingga mahu bertanding di kerusi Azmin

Sebelum Anwar dipecat dan ditahan, ada satu surat dihantar kepada Mahathir yang terkandung maklumat terperinci pasal petuduhan terhadap Anwar Ibrahim. Surat tu ditulis oleh Ummi Hafilda yang mendakwa dirinya ada buat perbincangan dengan adik beradik lainnya yang dah bantu mengintip isteri Azmin.

Serang menyerang pun bermula antara mereka. Ummi mendakwa yang Azmin mengugutnya untuk buat laporan polis kalau tak ubah surat tu. Dalam mahkamah, Azmin dedahkan yang Ummi mengaku depan dia sendiri yang surat tu ditulis oleh DS Megat Junid Megat Ayob, Menteri Perdagangan Domestik waktu tu. Ummi dikatakan juga dah dijanjikan dengan duit dan projek. Saksi lain pula mendakwa yang Ummi hantar surat tu sebab dia benci pada Anwar dan Azmin. Dilaporkan juga, sebab lain dia sepatutnya dapat projek pengiklanan KLIA berjumlah RM10 juta dari Tun Daim selepas Anwar digulingkan.

Ummi Hafilda tersenyum melihat kamera. Imej dari Utusan.

Akibatnya, Ummi dah dilucutkan hak waris dari bapanya sendiri dalam satu surat sebab terlibat dalam isu penentangan terhadap Anwar. Tapi, Ummi dah nafikan tuduhan tu dan mendakwa yang Azmin dah rasuah bapanya untuk lucutkan hak warisnya. Konflik ni dah jadikan hubungan mereka berdua renggang, sampaikan Azmin tak datang majlis perkahwinan Ummi pada tahun 2013 walaupun PM Najib datang. Akhirnya, pada PRU lepas, Ummi buat cabaran terbuka dengan menawarkan diri untuk bertanding di Gombak pada PRU lepas.

Konflik Azmin dan Ummi ni juga dah menyebabkan hubungan Azmin dan ibunya terganggu untuk beberapa tahun. Lepas hubungan dengan Ummi yang penuh konflik, timbul pulak konfliknya dengan Azwan Ali. Azwan kali ni berjanji akan tolong UMNO untuk jatuhkan Azmin dari jawatan MB Selangor pada PRU akan datang. Cara dia tolong tu dengan mendedahkan maklumat mengenai Azmin yang dia dah pendam selama lima tahun. Kenapa Azwan tak puas hati dengan Azmin? Ini jawapannya,

“Apa jenis abang, kau menang besar, aku jual maruah aku sebagai artis aku hilang pekerjaan. RTM hitamkan aku sebab aku datang macam ini berdiri di belakang Azmin Ali sebelum ini,”- Azwan Ali, petikan dari FMT.

Seorang MB, seorang artis. Tapi yang pasti, dua-dua dah terlibat politik. Imej dari TV14.

Punca lain dia tak puas hati dengan abangnya sebab dia dah di blacklist oleh stesen TV dan juga hilang banyak kerja sebab sokongan terbukanya kat Azmin waktu PRU lepas.

Azmin ada bagi respon dengan mengatakan yang dia sentiasa mendoakan Azwan walau apa pun yang berlaku. Dia tetap menyayangi abangnya dan berharap Azwan masih menjaga hubungan dengan adik-beradiknya yang lain. Konflik dalam keluarga Azmin ni sangat menyedihkan sebab sebelum ni mereka sekeluarga hidup bahagia siap masuk dalam video lagu Salam Aidilfitri, Jamal Abdillah kot!

Dari sejarah hubungannya dengan Mahathir, Anwar dan adik-beradiknya, dia nampaknya dah buat hubungan yang seimbang antara kawan dan lawan demi karier politiknya. Sekarang, dia juga dilaporkan menjadi orang paling hampir untuk menggantikan tempat Anwar dalam PKR.

Azmin sekarang mungkin ancaman terbesar Mahathir dan Anwar

Karier politik Azmin dalam PRU dan parti pulak bermula selepas Anwar disabitkan bersalah pada tahun 1999. Azmin bertanding dan diundi menjadi wakil rakyat Hulu Kelang. Pada tahun 2005, dia dah dihalang dari bertanding sebab didenda dan disabitkan bersalah di mahkamah berkaitan keterangannya untuk mempertahankan Anwar. Dia tak mengalah dan bertanding semula pada 2008 melalui dua kerusi terus iaitu Gombak (Parlimen) dan Bukit Antarabangsa (DUN). Sampai sekarang dia masih pegang dua kerusi ni.

Dalam parti, Azmin juga ada reputasi yang baik. Disebabkan sifat low profile-nya sepanjang tahun, menyebabkan dia menang posisi Timbalan Presiden PKR dua kali. Pertama kalinya waktu dia kalahkan Zaid Ibrahim pada tahun 2010, walaupun Zaid waktu tu dianggap sebagai hero sebab tinggalkan UMNO. Kali kedua pada tahun 2014, Azmin mengalahkan Saifuddin Nasution yang sebenarnya menjadi pilihan keluarga Anwar.

Kepercayaan yang diberikan kepada Azmin untuk jadi Timbalan Presiden ni ada adalah batu loncatan kepadanya sebelum menerima jawatan MB di Selangor. Semuanya bermula apabila berlaku pergolakan kepimpinan PKR awal tahun 2014 yang membawa kepada Langkah Kajang. Tujuannya, untuk menggantikan Khalid Ibrahim kepada Anwar sebagai MB Selangor. Tapi, Anwar dah didapati bersalah yang kemudiannya dipenjarakan. Rancangan back up yang PKR buat adalah menjadikan Wan Azizah sebagai pengganti MB tapi dah ditolak oleh Sultan. Nampaknya, Langkah Kajang gagal.

Salah satu sebab kegagalan ni bila salah satu parti komponen pembangkang, PAS tak setuju dengan penggantian terhadap Khalid. Bagi PAS, Khalid dah buat kerja dengan baik. Selepas tu, bila Khalid dipecat dan mahu digantikan dengan Wan Azizah, PAS juga tak setuju atas sebab yang dirahsiakan. Jadinya, PAS bagi satu lagi nama tambahan iaitu Azmin Ali.

Dikatakan sesuai menjadi PM dari Pakatan oleh sesetengah pihak

Akhirnya, Azmin dah pun jadi MB untuk negeri yang sangat berpengaruh dari segi ekonomi dan politiknya. Pengaruh MB ni juga bukan sahaja pada PKR dan Pakatan, tapi juga dalam arena politik Malaysia. Dia juga dikatakan sesuai untuk pegang jawatan lagi besar dari tu (contohnya PM). Selain tu, ramai orang melihat Azmin sebagai pengganti Anwar dan juga dianggap ancaman besar terhadap pencalonan Mahathir sebagai PM. Walau macam mana pun, dalam PKR sendiri dia ada ramai musuh yang akan menghalangnya macam Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution yang dilaporkan menyokong Mahathir.

Dalam PKR juga dah berlaku perpecahan. Ianya berlaku kerana sikap setia kawan Azmin yang terpecah kepada PAS dan parti pembangkang lain. Ye lah, kerusi parlimen dan ADUN yang dia pegang terletak dikawasan kuat PAS. Lagi pun, Azmin jugak dah diingatkan oleh PAS yang dia menang dan dapat jawatan MB sebab mereka. Dan sekarang, dalam keadaaan PAS dah tinggalkan pembangkang, nampaknya mereka nakkan balik kerusi tu melainkan Azmin pandai deal.

Gambar yang menjadi tanda tanya dulu. Apalah yang dibincangkan dengan Presiden PAS? Imej dari Malaysian Access.

Kalau difikirkan balik, maknanya Azmin kena bincang baik-baik dengan PAS supaya kerusi dia bertanding tak terancam. Tapi, pada yang sama, dia juga kena fikir pasal rakan-rakan Pakatan yang tak bersama dah dengan PAS.

Tahap kepercayaan orang ramai kepada Azmin makin meningkat

Walau apa pun pendirian Azmin, namanya patut diberi kredit sebab menjadikan Selangor sebagai negeri yang terbaik di Malaysia. Sejak dia jadi MB, Selangorlah yang paling banyak menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Hutang negeri juga dilaporkan berkurang separuh dari RM 27.1 juta pada tahun 2015 kepada RM 14.7 juta pada tahun 2016.

Bermula dari pelajar di US, sekarang dah angkat sumpah. Imej dari The Star.

Sekarang ni, nampaknya orang makin gembira dengannya sebagai MB walaupun ada beberapa isu kepimpinannya. Buktinya adalah melalui tahap kepercayaan orang ramai yang dan meningkat dari 56% kepada 62% pada tahun 2017. Bulan lepas pun ada poster Kabinet Pakatan Harapan dengan mukanya sebagai PM pun dah jadi viral. Ini menunjukkan ada lagi sokongan terhadapnya.

Tapi untuk sekarang, sama ada Azmin boleh bertahan denga PAS dan Pakatan mahupun BN, masih lagi menjadi tanda tanya.

Sumber : https://soscili.my