Terdahulu, DS Najib Menyifatkan Imejnya Buruk Kerana PH Memfitnah Kegagalanya Dalam Pentadbiran, Kini DS Najib Kembali, Malah Memperlekehkan Bahawa Janji Kerajaan Untuk Hapus GST Tak Masuk Akal. Ini Jawapan Padu Buat DS Najib Gigit Jari.

Meskipun dengan operasi penggeledahan polis yang dikaitkan dengannya, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menyifatkan janji Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menghapuskan GST dan melakukan pembaharuan ekonomi sebagai fantasi dan tidak realistik.

“Itu (janji HARAPAN) adalah fantasi. Tak mungkin mereka boleh melaksanakannya,” katanya dipetik dalam wawancara Malay Mail semalam.

Najib berkata demikian sebagai merujuk janji HARAPAN membuat pengecualian dan penagguhan bayaran PTPTN, menghapuskan GST dan menurunkan harga minyak.

Najib turut menyatakan keraguannya terhadap langkah mengurangkan GST kepada sifar yang merupakan langkah sementara yang diumumkan HARAPAN dalam penghapusan cukai berkenaan.

“GST sifar bukan apa yang mereka janjikan. GST sifar boleh juga bererti anda boleh tambah bila-bila masa,” katanya.

Najib turut menyifatkan laporan yang mengatakan pentadbirannya gagal sebagai percubaan HARAPAN memburukkan imejnya.

“Sudah boleh dilihat bahawa tiga hari selepas pilihan raya, mereka kata ekonomi dalam keadaan kukuh.

“(Sedangkan) sebelum itu mereka kata ekonomi dalam keadaan teruk, kita sedang bankrap, dan Malaysia perlu diselamatkan.

“Adakah mereka cuba katakan bahawa ekonomi pulih dengan secepat itu?

“Simpanan kewangan kukuh, dan kita ada pertumbuhan yang baik?

“Tidak! Ini adalah kenyataan yang dibuat tiga hari selepas pilihan raya,” katanya dan menambah bahawa ekonomi sedia baik di bawah BN.

‘Bagi tempoh 100 hari untuk hapuskan GST’ – Azmin

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Pakatan Harapan (PH) memang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini adalah kerana rakyat muak dengan cara pengurusan kewangan di Putrajaya, skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kos sara hidup yang semakin tinggi di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, PH yang diterajui oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR, DAP dan Warisan berjaya menyakinkan rakyat untuk melakukan perubahan itu. Azmin gembira kerana rakyat menerima dasar parti yang diberikan.

“Mereka (rakyat) telah berikan harapan kepada Harapan untuk mengubah negara kita. Kita juga telah memutuskan Harapan dibentuk, dalam tempoh 100 hari, cukai barang dan perkhidmatan akan dihapuskan,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin juga mengakui pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap rakyat serta anggota UMNO, selain pengalaman lama dan mentadbir kerajaan menjadi faktor utama kejayaan Harapan.

Azmin juga meluahkan rasa bersyukurnya kepada rakyat Malaysia di atas keputusan yang amat bersejarah ini dengan tumbangnya BN dalam PRU14.

“Ini yang dinantikan bahawa rakyat Malaysia setelah sekian lama menantikan perubahan secara keseluruhan bagi memastikan Malaysia ditadbir secara bertanggungjawab,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin BN seringkali menafikan dakwaan kononnya harga barang tidak akan naik jika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan sebanyak 6% dilaksanakan. Bagaimana dalam tempoh awal perlaksanaan GST sudah banyak menerima banyak rungutan rakyat.

Apa-apa pun, Jom saksikan video di bawah. “Boleh Ke Hapuskan GST”, Ini Jawapan PADU Pakatan Harapan Untuk Semua Rakyat Malaysia

Sumber :

1. https://m.malaysiakini.com/news/425879?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

2. http://www.thereporter.my/2018/05/bagi-tempoh-100-hari-untuk-hapuskan-gst.html?m=1

Via hmedia.host