Kami sudah terima balasan masing-masing – Izreen Azminda

Bukan mudah bagi Izreen Azminda dan suami untuk bertahan di sebalik tsunami kemarahan warga laman sosial gara-gara drama perpecahan keluarga suaminya, Ude Wahid sebelum ini. Bagi Izreen sendiri, dia menyatakan bahawa mereka kini apa yang terjadi adalah balasan buat dirinya.

“Inilah ujian paling berat diterima selama lebih 12 tahun menjadi anak seni… Mungkin boleh saya simpulkan sebagai kifarah hidup. Mungkin ini semua kifarah hidup… Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia”

“Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup. Jujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang lebih satu dekad, ada kala saya alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata”

“Allah menjentik saya supaya kembali mengingati dan mendekatkan diri dengan-Nya. Mulanya, saya berat menerima ujian ini, tetapi saya harus reda,” jelasnya kepada BH Online.

Selain pada itu, menurut Izreen perkara yang sama turut terjadi pada pihak Intan di mana kini, walaupun tidak lagi bersama suami namun Intan kini semakin dikenali selain rezeki yang mencurah-curah.

“Begitu juga pihak di sana… Allah menarik suaminya, tetapi memberikannya dengan rezeki melimpah ruah. Itu yang diinginkan selama ini, Allah menunaikannya. Kami sudah menerima bahagian masing-masing… Allah Maha Adil,” katanya.

Apa yang pasti, Izreen juga punya matlamat yang sama bergelar wanita setelah berkahwin iaitu menjadi isteri yang baik dan menjaga keharmonian rumahtangga. (rtky/s)

Sumber: beritaharian

Gambar Ihsan: Owee Ah Chun

Izreen tak sabar nak masak ayam asam pedas untuk suami

Kalau dulu menyambut Ramadhan bertemankan anak, tahun ini Izreen Azminda sudah bertemankan suami tercinta, Ude Wahid. Menurut Izreen, Ramadhan kali ini lebih istimewa buatnya, kerana berpeluang memasak untuk suami.

“Alhamdulillah, sambutan Ramadan kali ini lebih bermakna sebab ada suami. Sebelum ini, kalau berbuka di rumah saya dengan ibu dan anak saja. Sejujurnya, saya tidak sabar nak menyediakan masakan kegemarannya, ayam asam pedas”

“Memandangkan dia orang Johor, jadi memang tidak boleh lari daripada asam pedas. Alhamdulillah, suami bukan jenis cerewet. Kalau teringin nak makan sesuatu, baru dia minta saya buat. Pendek kata, dia sangat mudah”

Pasangan ini kini dilihat lebih terbuka berkongsi gambar bersama di media sosial selepas episod penceraian Ude dan bekas isteri berakhir. Malah bila ditanya soal anak, Izreen terus terang memberitahu mengimpikan cahaya mata perempuan.

“Kalau ada rezeki, adalah. Saya dan suami tidak merancang. Semua ini ketentuan Allah. Kalau diberikan rezeki, saya mengimpikan anak perempuan,” jelasnya kepada portal My News Hub.

Kredit instagram izreenazmindafc