SELEPAS DATUK SERI MOHD SHUKRI ABDULL BERITAHU NYAWA DIA DIANCAM, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MEMBERI KOMEN INI KEPADA BELIAU SUPAYA

Video Penuh Berada Di Bawah

Datuk Seri Shukri Abdull mendedahkan beliau terpaksa meninggalkan Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam ketika mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, 3 tahun lalu.

“Pengalaman saya dalam kes SRC-1MDB amat menakutkan, saya hampir mati dalam kes ini. Saya takut nak balik ke sini,” kata ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik itu dalam sidang berita pertama beliau di sini.

Setibanya di Washington, dia merasakan dirinya diekori ejen Malaysia. Dia mendakwa perasaannya terbukti betul, lalu menghubungi polis New York untuk mendapatkan perlindungan.

Polis New York memberikan perlindungan selama 1 minggu kepadanya, termasuk 3 pengawal peribadi.

“Saya kembali ke Washington bila keadaan kembali reda. Saya terima khabar pegawai saya ditahan dan 2 pegawai kanan turut ditukarkan.

“Masa di Washington, saya menangis macam budak-budak. Saya rasa ‘very guilty’ sebab anak buah kena tukar.

Ini antara kisah yang terjadi kepada beliau sewaktu di Amerika Syarikat, perkara ini telah didengar oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ini komen beliau.

PUTRAJAYA, 22 Mei — Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media selepas mendengar taklimat pada hari pertama memulakan tugas sebagai menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (kanan) dan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim (kiri).
–fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan hanya boleh diambil jika laporan polis dibuat dan wujud prima facie selepas siasatan dilakukan.

SEGALA TUDUHAN HARUS DISIASAT

“Kalau ada laporan bahawa beliau diancam…polis kena siasat, perlu kemukakan fakta dan hasil siasatan.

“Itu prosedur operasi standard kami dan kalau ada prima facie tindakan akan diambil,” katanya pada sidang media selepas memulakan tugas rasmi di kementerinnya di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Mohd Shukri yang mendakwa terpaksa meninggalkan Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam ketika mengetuai siasatan skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd, bekas subsidiari 1MDB, 3 tahun lepas.

Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Muhyiddin berkata beliau yakin Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tahu apa yang perlu dilakukan berhubung pendedahan tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata polis akan cuba menyelesaikan secepat mungkin siasatan skandal 1MDB yang kini mendapat perhatian ramai.

Beliau berkata selain polis, siasatan kes tersebut turut melibatkan agensi lain antaranya SPRM.

“Sebab itu saya tidak boleh ulas panjang bagi pihak polis, kami akan cuba selesaikan secepat mungkin,” katanya.

Mengenai kemungkinan polis akan membuka semula siasatan kes kematian model Mongolia Altantuya Sharibuu, Mohamad Fuzi berkata beliau perlu berbincang dengan pegawainya terlebih sebelum membuat sebarang keputusan.

SUMBER : UTUSAN BORNEO

Dakwa diancam, bos SPRM perlu lapor polis – Muhyiddin

Saya lari ke Washington, hampir mati, kata ketua baru SPRM

Kredit rosesmediadaily