Setelah tahun menyepi, inilah wajah terkini Jet Li yang kini menghidapi penyakit misteri

Selain daripada Jackie Chan, peminat filem aksi Hong Kong pastinya mengenali Jet Li yang sememangnya menjadi ikon kepada filem-filem aksi yang berasal daripada wilayah khas di China itu.

Setelah berjaya menempa nama di dalam industri filem tempatan, pelakon filem aksi itu kemudiannya telah berjaya menembusi pasaran Hollywood setelah filem-filem yang dilakonkan oleh beliau, Lethal Weapon 4, Romeo Must Die, Kiss of the Dragon dan paling terbaru, Expendables 2 berjaya mendapat sambutan di serata dunia.

Walau bagaimana, selepas menjalani penggambaran filem Expendables 2, pelakon yang sinomin dengan kepakaran beliau berkung-fu itu tiba-tiba menyepi tanpa sebarang khabar berita daripada industri.

Terbaru, nama Jet Li kembali menjadi sebutan setelah gambar terbaru beliau menjadi tular di internet. Gambar yang diambil oleh seorang peminat beliau yang terserempak dengan pelakon lagenda itu ketika berkunjung ke sebuah kuil di Tibet.

Berbeza dengan fizikal beliau sebelum ini, Jet Li yang memakai kaca mata itu dilihat begitu uzur dan tidak terurus seperti seorang yang sedang menderita daripada penyakit.

Selain daripada rambutnya yang menipis, kedutan pada wajahnya itu turut kelihatan ketara sehingga menyebabkan dirinya hampir tidak dikenali ramai.

Difahamkan pelakon filem Expendables 2 itu menghidapi penyakit hyperthyroidism dan juga menderita sakit tulang belakang akibat aksi-aksi lasak yang pernah lakukan di sepanjang karier lakonan beliau.

Menurut Jet Li, denyutan jantungnya sekarang tidak normal dan laju sehingga mampu mencapai sehingga 130 denyutan seminit ketika dalam keadaan berehat.

Pelakon dan juga produser itu telah didiagnoskan menghidapi penyakit hyperthyroidism pada tahun 2010 dan telah mendapatkan rawatan secara berkala. Walau bagaimanapun, penyakit itu gagal untuk dirawati sepenuhnya sehingga kini.

Penyakit hyperthyroidism akan menyebabkan perubahan pada kadar metobolisma dan denyutan jantung, dan selalunya dapat dirawati melalui ubat-ubatan.

Para peminatnya yang terkejut dengan perubahan pelakon kesayangan mereka itu mendoakan agar Jet Li kembali pulih seperti sediakala.

sumber: http://www.ohmymedia.cc